MySkills Foundation merakamkan penghargaan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor atas peluang dan kepercayaan yang diberikan untuk menganjurkan Program Dari Belia Untuk Belia Peringkat Daerah Hulu Selangor.
Terima kasih kepada Inspektor Tuan Azizi atas perkongsian tentang kepentingan mencegah gejala sosial dalam kalangan belia. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Munim, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Zon 5.
Semoga kerjasama ini terus diperkukuh melalui lebih banyak program yang membina jati diri dan membentuk sahsiah positif pelajar MySkills Foundation.
📣 Jumpa anda pada 10 Oktober!
MySkills Foundation juga akan menjadi tuan rumah Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Hulu Selangor, yang terbuka kepada orang awam. Ayuh hadir dan bersama-sama memeriahkan sambutan ini! 🏃♂️🏅
#MySkillsFoundation #TVET #TVETMalaysia #KBS #HariSukanNegara #HuluSelangor