Kami di MySkills Foundation amat bersyukur dapat meneruskan tradisi tahunan majlis Iftar bersama komuniti setempat di kampus MySkills. Kehadiran masyarakat sekitar bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah mencerminkan semangat kebersamaan yang utuh antara pelbagai latar belakang.
Menjelang Syawal yang mulia, kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kedamaian, dan kegembiraan kepada setiap keluarga. Keindahan Malaysia terletak pada kepelbagaian budaya dan keharmonian masyarakatnya dan inilah kekuatan sebenar yang terus menyatukan kita sebagai satu bangsa.
Semoga semangat perpaduan ini terus mekar dan menjadi asas kepada usaha kita dalam membina generasi masa depan yang lebih berdaya tahan, berakhlak, dan berdaya saing. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong usaha MySkills bersama kita melangkah ke hadapan dengan penuh harapan dan keyakinan.
Selamat Hari Raya ! Maaf Zahir dan Batin