MySkills Foundation bersyukur dapat menjadi tuan rumah Sambutan Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Daerah Hulu Selangor pada 15 November 2026 di Kampus MySkills, Kalumpang.

Anjuran di bawah barisan kepimpinan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor, sambutan ini disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohamad Marwan bin Ahmad Tajuri, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor.

💪 Kampus MySkills meriah dengan pelbagai aktiviti seperti senamrobik, pertandingan Aerobicthon, Mobile Legends, 3 vs 3 Street Soccer, demonstrasi mempertahankan diri serta aktiviti rekreasi dan komuniti.

Bagi MySkills, sukan membuka ruang kepada anak muda untuk membina keyakinan diri, mengamalkan disiplin dan mengukuhkan semangat berpasukan. Penganjuran ini turut menjadi peluang untuk mendekatkan warga MySkills dengan masyarakat setempat melalui aktiviti yang sihat dan menyeronokkan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor atas kepercayaan memilih Kampus MySkills sebagai lokasi sambutan, serta kepada semua agensi, rakan strategik, sukarelawan dan peserta yang bersama-sama menjayakannya.

❤️ Bersukan bersama, mengeratkan hubungan, memperkasa anak muda!

#MySkillsFoundation #HariSukanNegara2026#MalaysiaAktif