Hari ini, Kampus MySkills di Kalumpang telah mencatatkan satu lagi pencapaian penting melalui penganjuran Klinik Sukan Olahraga dan Hoki anjuran bersama MySkills Foundation dan Majlis Sukan Negara yang berlangsung dengan penuh kejayaan dan impak positif terhadap pembangunan belia di Kampus MySkills. Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada sukan dan gaya hidup sihat, tetapi turut memperkukuhkan sinergi antara MySkills Foundation dan pihak berkepentingan dalam agenda pembangunan belia negara.
Yayasan MySkills ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Menteri Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, atas kesudian beliau untukmenghadiri acara ini. Kehadiran YB Menteri bukan sekadar memeriahkan majlis, malah menjadi bukti nyata akan komitmen kerajaan dalam mendukung usaha pembangunan belia melalui pendidikan dan sukan.
Dalam ucapan beliau, YB Hannah Yeoh telah menzahirkan penghargaan terhadap misi MySkills dalam usaha mendidik dan memperkasa belia berisiko tinggi melalui pendekatan holistik. Lebih membanggakan, YB Menteri telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM50,000 bagi menyokong pembangunan bakat sukan dalam kalangan belia MySkills. Sumbangan ini akan menjadi pemangkin kepada usaha kami dalam menyediakan lebih banyak peluang dan kemudahan bagi melahirkan belia yang cergas, berdaya tahan dan berdisiplin.
Turut sama memberikan sokongan ialah YB Pang Sock Tao, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, yang turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM10,000 untuk menyokong inisiatif MySkills. Sumbangan ini mencerminkan kesedaran dan komitmen pemimpin setempat dalam memacu pembangunan komuniti melalui pendidikan dan aktiviti sukan.
Yayasan MySkills optimis bahawa kolaborasi strategik ini mampu menjadi batu asas dalam memperkasa lebih ramai belia melalui pendekatan latihan holistik yang menggabungkan pendidikan teknikal, pembangunan karakter dan penglibatan komuniti. Usaha untuk menjadikan Kampus MySkills sebagai Pusat Rakan Muda di daerah Hulu Selangor merupakan langkah proaktif dalam menyokong matlamat nasional ke arah melahirkan generasi belia yang dinamik, berilmu dan bertanggungjawab.
Kami ingin merakamkan penghargaan khusus kepada Majlis Sukan Negara (MSN) atas kerjasama erat dan sokongan teknikal yang diberikan dalam menjayakan Klinik Sukan ini. Usaha dan komitmen MSN dalam membimbing para peserta melalui sesi latihan dan aktiviti sukan telah memberikan inspirasi dan pendedahan baharu kepada belia MySkills.
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan acara ini, khususnya Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Majlis Sukan Negara, serta semua rakan strategik dan komuniti setempat yang terus memberikan sokongan terhadap inisiatif MySkills.
Bersama-sama, kita membina masa depan belia Malaysia yang lebih gemilang
————————————————————————–
ATHLETICS & HOCKEY SPORTS CLINIC BY MYSKILLS FOUNDATION & NATIONAL SPORTS COUNCIL
Today, MySkills Campus in Kalumpang marked another significant milestone with the successful completion of the ATHLETICS & HOCKEY SPORTS CLINIC BY MYSKILLS FOUNDATION & NATIONAL SPORTS COUNCIL, an event that brought immense positive impact to youth development for MySkills youth community. This program not only promoted sports and healthy living but also strengthened the synergy between MySkills Foundation and key stakeholders in the nation’s youth development agenda.
MySkills Foundation extends its deepest gratitude to YB Hannah Yeoh, Minister of Youth and Sports Malaysia, for her presence and support in officiating this event. YB Hannah Yeoh’s attendance was more than just ceremonial; it was a testament to her commitment to youth development through education and sports.
In her speech, YB Hannah Yeoh expressed her appreciation for MySkills’ mission in educating and empowering at-risk youth through a holistic approach. We are truly honored by YB Hannah’s announcement of a RM50,000 contribution to support the development of sports talent among MySkills youth. This generous contribution will undoubtedly serve as a catalyst in providing more opportunities and resources for our youth to grow into resilient, disciplined, and healthy individuals.
We are equally grateful to YB Pang Sock Tao, ADUN for Kuala Kubu Bharu, for her generous contribution of RM10,000 towards MySkills’ initiatives. This support exemplifies the dedication of local leaders in fostering community development through education and sports.
MySkills Foundation is optimistic that this strategic collaboration will lay a solid foundation for empowering more youth through a holistic training approach that integrates technical education, character development, and community engagement. The initiative to recognize MySkills Campus as a Rakan Muda Centre in Hulu Selangor district represents a proactive step toward supporting the national goal of nurturing a generation of dynamic, knowledgeable, and responsible youth.
We would also like to extend our heartfelt appreciation to the National Sports Council (MSN) for their close collaboration and technical support throughout the event. MSN’s dedication in guiding the participants through training sessions and sports activities has been truly inspiring and invaluable.
We sincerely thank all parties involved in making this event a resounding success, particularly the Ministry of Youth and Sports Malaysia, the National Sports Council, and all our strategic partners and community members who continue to support MySkills’ initiatives.
Together, we build a sustainable future for Malaysia’s youth !